The White Tiger (filem 2021)

The White Tiger merupakan sebuah filem drama tahun 2021 yang ditulis dan diarahkan oleh Ramin Bahrani . Filem ini dibintangi oleh Adarsh Gourav, Priyanka Chopra Jonas, dan Rajkummar Rao . Filem ini diterbitkan oleh Mukul Deora dan Ramin Bahrani, dan penerbit ekslusif oleh Chopra Jonas, Prem Akkaraju, dan Ava DuVernay . [1] [2] [3] Adaptasi daripada novel Aravind Adiga pada tahun 2008 dengan nama yang sama, berkisarkan tentang Balram, seorang lelaki muda yang berasal dari perkampungan India yang miskin dan menggunakan kepintaran dan kelicikannya untuk melarikan diri daripada kemiskinan.Adiga menerbitkan bukunya dan memutuskan untuk menyesuaikannya menjadi sebuah filem pada akhir 2010, dengan hak dijual kepada penerbit Mukul Deora, tetapi filem itu tidak dibuat selama beberapa tahun. Bahrani dipilih untuk menerajui adaptasi, dan tidak sabar-sabar untuk berbuat demikian, setelah membaca draf awal novel itu sebelum ia diterbitkan. [4] Difilemkan secara meluas di seluruh Delhi pada bulan Oktober hingga Disember 2019, The White Tiger ditayangkan di Las Vegas pada 6 Januari 2021, [5] dan telah ditayangkan di pawagam terhad di Amerika Syarikat pada 13 Januari. [5] Ia dikeluarkan secara global melalui platform penstriman Netflix pada 22 Januari 2021. [6] The White Tiger menerima ulasan positif daripada pengkritik yang memuji arahan, lakon layar dan persembahan pelakonnya. Pada Anugerah Akademi ke-93, filem ini telah dicalonkan untuk Lakon Layar Adaptasi Terbaik .

Rujukan

WikiPedia: The White Tiger (filem 2021) http://www.imdb.com/title/tt6571548/ https://boxofficediary.com/the-white-tiger-box-off... https://www.cinemaexpress.com/stories/news/2019/de... https://deadline.com/2018/04/fahrenheit-451s-ramin... https://deadline.com/wp-content/uploads/2021/01/CR... https://www.dnaindia.com/bollywood/report-rajkumma... https://www.firstpost.com/entertainment/rajkummar-... https://www.firstpost.com/entertainment/the-white-... https://www.firstpost.com/entertainment/the-white-... https://www.firstpost.com/entertainment/the-white-...